Sejarah Yang Diseleweng!  

Saturday, September 10, 2011

Isu sejarah peristiwa Bukit Kepong hangat diperkatakan susulan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilapor mendakwa pejuang yang terlibat menyerang "polis British" sebagai wira termasuk Mat Indera.

Baru-baru ini dua orang ahli sejarawan Zainal Kling dan Ramlah Adam tampil memberi reaksi dan dakwaan bahawasanya Tanah Melayu tidak pernah dijajah sama sekali berdasarkan kenyataan ini :

1 - "Sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi".

2 - "Dinaungi tidak sama dengan kolonial. Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang".

Respon Awam...

Ini satu fasa yang amat mengelirukan.Setelah 54 tahun "merdeka" baru timbul isu Malaya/Malaysia tidak pernah dijajah.Persoalannya kenapa cendakiawan seperti Zainal Kling,Ramlah Adam tidak pernah dalam sejarah karier mereka sebagai sejarahwan membangkitkan perkara ini dan kenapa kini.

Selama 54 tahun sistem pendidikan kita telah menyajikan kandungan matapelajaran yang menyimpang faktanya.Jika kita tidak pernah dijajah kenapa kita melutut kepada British memohon diberikan kemerdekaan.

Jika tidak dijajah kenapa kenapa Tunku bacakan Perisytiharan Kemerdekaan pada 31.8.1957.

Jika tidak dijajah oleh British kenapa Lord Reid menjadi 'ketua' dalam penulisan Perlembagaan Malaya.Tidak adakah anak watan yang berkebolehan.Kenapa mengenepikan Dato' Panglima Bukit Gantang seorang lulusan undang-undang yang menulis Perlembagaan Brunai tapi tida...k untuk negaranya.

Jika tidak terjajah, kenapa sistem pentadbiran dan perundangan sampai hari ini bertunjangkan sistem British.

Jika tidak dijajah kenapa lambang polis dan tentera sebelum 'merdeka' berlatarbelakangkan British.

Jika tidak dijajah,kenapa Inggeris meningggalkan legasi mereka dengan nama-nama 'besar' spt Henry Gurney, Templer,King George,King Edward dll.

Jika tidak dijajah kenapa British menjadikan sistem pendidikannya sebagai sistem pendidikan Malaya. Kami disajikan dengan nama-nama Francis Drake, Humprey Gilbert dll. Saya yakin Zainal Kling dan Ramlah Adam juga lahir dari sistem ini.
Jika ini dapatan para sarjana sejarah, ianya merupakan yang amat malang bagi seluruh umat Malaysia.

Hentikanlah mockery ini. Sekurang-kurang ada hikmat isu ini diketengahkan,dan ada manusia-manusia bacul bergelar sejarahwan mula berani buka mulut,dan menyedarkan bahawa sejarah Malaysia ini sesuatu yang 'bankrupt' hasil manipulasi politik.
Banyak lagi persoalan yang ada kita menanti respond dari MPN yang bernaung di bawah KPT.

Jelas, ahli sejarah pula telah terseleweng dan diambil kesempatan politik!

sumber : Ibrahim Jusoh, Malaysiakini.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


kembara sufi

 

Design by Blogger Buster | Distributed by Blogging Tips